Monday, October 3, 2011

Semalam

Semalam,
Bukan satu perjalan yang mudah,
Pelbagai halangan telah ku tempuh,
Tapi tidak bermakna susah

Hari ini,
Aku berdiri gagah
Tidak takut walau disergah
Tidak melawan bila ditegah

Esok,
Kemunculan yang misteri
Membawa pelbagai seri
Untuk aku berdiri



Thursday, September 22, 2011

Si A

Tidak mudah untuk melupakanmu
Disaat ini, di waktu ini
Tapi, ini lah hakikat
Yang telah pun menjadi pengikat

Duka itu bertambah pedih
Disaat aku mula bersedih
Mungkin ini lah takdir
Tidak sesekali aku salahkan
Walaupun kau tidak pernah hadir
Untuk ku walau sekali

Aku sedar aku insan biasa
Yang tak punyai kuasa
Tapi aku masih punyai masa
UNTUK STUDY SUPAYA DAPAT A :)
KAH KAH KAH

Wednesday, September 21, 2011

Kau pergi

Kau pergi
Tidak berjejak
Tidak jua berpesan
Meninggalkan ku kekeliruan

Tidak beralasan
Ku cuba mencarimu
Mungkinkah ini balasan
Buatku yang sentiasa merinduimu

Mengapa perlu ku mencari
Dikala kau telah pun hilang
Kemana harus ku berlari
Terkapai kapai didalam bayang.

Friday, September 9, 2011

Tak Siapa Tahu

Hari ini aku cuba mencari kebenaran
Yang kusangka wujud di bawah sinaran
Apakah wujud sebuah jalan?
Untuk diguna menjadi panduan
Hingga kini,
Aku masih keliru
Aku masih tertanya
Jalan mana yang harus ku pilih

Tatkala mereka sudah keluar dari kegelapan
Aku masih terkial
Mencari sinar kebenaran

Namun, aku masih tak pasti
Kerana,
Andai ianya jalan yang salah
tak siapa yang akan tahu kan?

Tuesday, June 7, 2011

Bahasa Melayu vs English

Assalamualaikum, peace yo... Hrm, aku datang lagi dengan topik baru aku terpikir. Bahasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua tahu bahawa bahasa kebangsaan kita merupakan Bahasa Malaysia. Namun malangnya, sebagai rakyat Malaysia sendiri, aku masih tertanya-tanya, benarkah Bahasa Malaysia itu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia?
Seperti mana yang kita tahu, beberapa subjek teras (maths, science, dll) di sekolah diajar kepada pelajar dalam bahasa inggeris or in other word atau dalam erti kata lain, bahasa yang digunakan oleh penjajah yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu. Persoalannya, perlu sangat ke pembelajaran dan pengajaran ini diadakan dalam bahasa inggeris?
Sekadar nak berkongsi, menurut kajian yang dibuat, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari jika mereka diajar dalam bahasa ibunda mereka. Dan menurut Datuk Dr. Wazir pula, ianya hanya sekadar bahasa. Yang penting ialah ilmu.
Ramai yang berkata pada hari ini, buku-buku ilmaiah semuanya terdapat dalam bahasa inggeris. Persoalannya, adakah ini menjadi suatu masalah? Kita mempunyai badan yang bertanggungjawab dalam menterjemah pelbagai buku-buku ilmaiah, iaitu Institut Terjemahan Negara Malaysia. Oleh itu, pada pandangan saya, masalah-masalah buku ilmaiah yang terdapat dalam bahasa inggeris pasti dapat diselesaikan suatu hari nanti. Dan sudah pasti, jikalau masalah ini selesai, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Hendak seribu daya kan?
Seterusnya, memandangkan saya lebih suka memandang ke timur, maka saya tunjukkan contoh negara Jepun. Bukan ingin menghina mereka tapi ingin memberi tahu anda perkara realiti. Untuk pengetahuan anda semua, penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan rakyat jepun sangat lemah. Namun adakah masalah ini menidakkan untuk mereka menjadi sebuah negara yang maju?
Saya yakin, kita semua sedar akan kepentingan bahasa inggeris. Namun, adakah perlu kita angkat martabat sesebuah bahasa itu lebih tinggi dari ilmu? Adakah kita ingin lihat suatu hari nanti, rakyat Malaysia sendiri berasa aneh dan janggal untuk bercakap dalam bahasa Malaysia sesama sendiri? Sekali lagi saya tekankan, ianya sekadar bahasa, ilmu itu lebih penting.

Tuesday, May 17, 2011

Dunia

Dunia ini penuh muslihat
Penuh cabaran yang tidak dapat dilihat
Dengan pemainya yang sentiasa akan tersekat
Tiada siapa tahu apa yang tersirat.

Tapi, mampukah kau menempuhinya
Tanpa sebarang panduan
Tanpa sebarang bantuan
Akibatnya hati kau tidak keruan.

Assalamualaikum semua. Haha. Saje nak tunjuk kat korang semua puisi yang aku ambik dari majalah kat rumah aku. Topik yang aku nak karangkan kali ni bertajuk Dunia.(dah rasa macam ahli politik plak) Tapi aku bukan nak bincangkan perkara-perkara yang berbaur politik kali ni. Cuma sekadar nak mengarang mengenai dunia.
Marcapada,(pinjam ayat skema spm) isu-isu hangat sering dimainkan oleh ahli politik dan kemudian dihebahkan oleh media massa, dari surat khabar hinggalah ke internet. Sesudah itu, datangnya kumpulan ketiga yang cepat melatah. Daripada sinilah bermulanya perbalahan hangat baik di parlimen hingga ke kedai kopi. Pada masa ini juga, pelbagai propaganda akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian, timbul rasa tidak puas hati pada sebelah pihak.(mungkin sebab kalah/xcukup sapot dll) Setelah timbulnya rasa tidak puas hati ini, perbalahan secara radikal mula berlaku. Si A buat X kat si B, Si B buat Y kat si A. Dan akhirnya sekali, sudah pasti hanya satu sahaja yang akan menjadi pemenang.(fyi, kronologi ini berlaku di seluruh dunia, kes osama, gadafi, semua boleh korang samakan)
Dalam dunia ni, setiap orang mementingkan diri, even ada juga yang cuba kata dia x penting diri. Hanya manis di mulut. Semua orang menjaga kepentingan diri mereka. Jangan sekali kau cuba kacau, ala macam orang dok cakap, sarang tebuan jangan dijolok. Sebagai contoh, tiada siapa yang akan buat sesuatu yang merugikan diri sendiri kerana itu merupakan perbuatan yang bodoh tapi bab bab rokok, dadah, dll tu aku malas nak komen. Contoh paling senang, masa naik lrt. Acapkali ramai pengguna LRT yang buat xtahu akan kehadiran golongan-golongan yang lebih memerlukan tempat duduk seperti kanak-kanak, ibu mengandung dll. Pelbagai alasan diberi macam, ala kejap je/eh ade mak cik tu nak duduk ke? dll. Jadi, kemana pergi perangai yang konon-konon xpentingkan diri tu?
Kadang-kadang aku sebenarnya tertanya, kemana perginya nilai-nilai yang cuba diterapkan kedalam diri kita sewaktu kita kecil dulu? Adakah ianya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Kenapa sesetengah perkara walaupun kita tahu tapi kita cuba abaikan? Kalau kita tak tahu sesuatu, maka ianya boleh dimaafkan kerana apa yang tidak diketahui, boleh dipelajari. Namun yang menjadi masalahnya kini, sesuatu benda yang telah diketahui.








 


Thursday, May 5, 2011

The White Man's Burden

Assalamualaikum. Lama dah aku xmerepek dan mengarut disini. Setelah sekian lama aku menyepi, aku terjumpa satu topik yang macam best untuk dikongsi di sini. Topik ni aku bagi nama The White Man's Burden. Mula-mula, biar aku jelaskan apakah ertinya maksud beban orang putih ini mengikut sesuka hati aku pengetahuan aku. Beban orang putih ni digunakan lama dahulu ketika diorang nak meluaskan jajahan takluk mereka. Mereka menganggap mereka merupakan manusia yang bertamadun dan maju dan perlu meluaskan pengetahuan mereka di seluruh dunia. ok, ini sekadar nak bagi tau korang sikit je pasal beban orang putih ni. Aku pun kurang expertbenda ni. Tapi apa yang aku nak share kat korang ialah beban orang putih pada masa kini.
Korang semua mesti pernah tgk cerita rambo kan? Seorang lelaki yang mampu melawan berpuluh-puluh askar lawan biarpun die seorang je. PEH! Gila kentang! Bagi lelaki karakter Rambo ni tidak asing lagi, tetapi bagi perempuan mungkin ada yang tidak tahu. Rambo merupaka veteran perang vietnam kalau xsilap aku. Ditangkap dek sherif kerana ada pisau perang. Dari sini la setatnye cerita rambo ni. Aku pun xingat sangat sebenarnya. Tapi apa yang aku nak tekankan, didalam cerita ini, ideologi The White Man's Burden turut ditekankan. Rambo(mewakili omputeh) dah serang pelbagai kem2 untuk selamatkan seorang gadis. Aku xigt ni cerita rambo berapa tapi kebanyakan watak penjahat semua bukan orang putih. Dan mereka menggambarkan seolah-olah bangsa lain sangat teruk dan kejam. Benarkah perkara ini dengan dunia realiti?
Setelah bidang perfileman, aku tunjukkan pula perkara realiti. Realiti dunia masa kini. Amerika Syarikat. Lihatlah, betapa kononnya usaha mereka untuk menghapuskan pengganas. Telah mereka serang afganistan. telah mereka serang iraq. Dan banyak lagi negara telah mereka perangi. Katanya demi keamanan sedunia, demi hak asasi manusia. Tetapi, siapa sebenarnya pengganas? Siapa yang dengan rakusnya membunuh ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa? AS atau pengganas? AS kini kelihatan gah seperti Polis Dunia. Sesiapa sahaja yang berani mencabar AS akan mereka serang. Menunjukkan betapa jelasnya ideologi beban orang putih masih digunakan sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, AS telah berjaya membunuh Osama bin Laden. Dan dengan bangganya mereka memberitahu seluruh dunia tentang peristiwa ini. Secara tidak langsung, kekejaman AS sekali lagi terbongkar. Untuk pengetahuan semua, Osama dibunuh oleh komando AS ketika dia tidak bersenjata. Siapakah pengganas sebenarnya? Kenapa osama tidak hanya ditangkap? Kenapa perlu dibunuh? Contoh terbaik yang boleh saya tunjuk, Ialah ketika tentera Malaysia menangkap lanun Somalia. Hanya mereka yang menentang sahaja yang dibunuh, kan? Jadi, anda sendiri fikirkan, siapa sebenarnya pengganas dunia. 

Wednesday, March 16, 2011

Aku Berdiam

Aku berdiam
Menyepi seribu bahasa
Tidak mahu berkata apa
Ku pekakkan telinga
Kerana kusangka tidak apa

Aku masih diam membisu
Kerana kusangka semuanya dosa
Melihat kemajuan di kota yang sentosa
Melihat kemewahan yang sungguh selesa
Menyebabkan mereka diperkosa

Kini,
Aku menangis,
Melihat bangsaku ditindas,
Bangsaku dijajah,
Bangsaku mundur tidak mengenal apa

Mungkin kerana sifat diamku
Mungkin kerana sifat tidak peduli ku
Kini mereka hidup merempat
Tidak bertempat

Sedarlah wahai bangsaku
Tiada gunanya berdiam diri
Membunuh diri dengan duri
Yang punya racun tersendiri

Rampage!

List combo feveret dota!
  • Tuskar + Stunner (earthshaker, vs etc.)
  • Shadow Demon + Stunner ( vs, dk etc.)
  • Omniknight + Yunero
  • Tiny + Motred
Jangan sesekali  pilih es kalau ada~
  •  silencer
  • traxex
  • Magina
  • Spectre
  • Ezalor
  • Bloodseeker
  • (any other silence hero)
Hero yang menyusahkan Witch Doctor
  • All mana burning heroes
  • Fucking stunner!
  • All silencer
 Echentress hate them!
  • Lion, lina etc - Heroes with very high burst damage. They see you, they instagib you. Avoid them unless you got Hood/some HP items or you know their ultimates are on cd. Nerubian Assassin is especially annoying because you can't see him coming.
  • Lucifer, clinkz -Creeps eaters. You convert a creep, they convert him into gold. Annoying bastards. Note that Doom can also rape you easily with his gay combo, and once Bone gets his Orchid, you have serious problems.
  • All fucking silence heroes!
Food for Echantress
  • DK - armor? no problem! 
  • Morph - steal his ulty
  • viper -Nature's Attendants>Damage over time. Also note that Impetus completely rapes Viper.

Tuesday, March 15, 2011

Disneyland~

Assalamualaikum, selamat sejahtera, dan salam 1Malaysia. Korang biasa dengar Disneyland? Sudah semestinya pernahkan? Dan sudah tentu ada yang sudah mula membayangkan muka Mickey mouse dll. Dan saya pasti, ada yang sudah berkunjung kesana kan? Xkesahla sama ada di Jepun ke, China ke, atau mana-mana je lah.

Apa yang menariknya kat sini, ada macam-macam patung dan maskot animasi yang korang gemari. Bukan sahaja korang boleh jumpa, malah boleh ambik gambar dan dll. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan. Sudah semestinya pengalaman yang korang perolehi kat sini xkan korang lupakan.
Selain Disneyland, di jepun juga ada sebuah taman tema yang diberi nama Edoland. Aku xpernah lagi pergi tempat ni (disneyland pun aku xpernah pergi sebenarnya) tapi apa yang mcam coolnya tempat ni, korang akan diberi peluang merasa hidup di zaman edo (dah nama pun edo land). Selain itu, korang juga akan diberi peluang untuk merasa pengalaman menjadi ninja. Itu xtermasuk awek hot yang menyambut korang 

So, macam mana? Coolkan? tapi itu semua bukan motif sebenar aku nak tulis entry nie. Pada pandangan aku, Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum ni pun sepatutnya mempunyai taman tema sebegitu. Xkesah la ape taman tema itu akan diberi nama, Taman 1 Malaysia ke, Hindraf ke  Xkesah la apa pun. Reasonnya, aku rasa, negara kita pun ada seribu satu kisah ajaib kan? si tanggang, batu belah batu bertangkup dll. Itu baru cerita Dari kaum Melayu, kalau dari Iban? Dayak? setelah dihimpun, kan banyak tu?
Selain itu, warisan bangsa seperti silat, makyung, dll juga perlu diangkat martabatnya supaya seluruh dunia kembali mengingati masa lampau, ketika empayar melaka dikenal di seantero dunia. Aku bukan berkata Muzium yang sedia ada tu x mampu untuk mengangkat martabat bangsa, tapi aku rasa kita memerlukan suatu langkah yang drastik untuk menaikkan nama Malaysia selari dengan peredaran masa. Malah, aku masih teringat, setiap kali nak [ergi muzium etc, pasti ada yang menolak. Alasannya, BOSAN. Tapi kalau g ajak tgk wayang ke, g KLCC ke, xpernah pula diorang tolak kan? SO, pada pandangan aku, sesuatu perubahan perlu dilakukan. Memang nnt akan timbul pelbagai tentangan, seperti ada yang akan cakap tu tempat maksiat etc. Tapi masalahnya, sebelum tempat tu ade pun maksiat berlaku gak kan? 
Oleh itu, aku berharap sangat pada suatu hari nnt, kita juga mampu mengangkat warisan budaya kita ke mata dunia seperti yang telah Jepun lakukan...

Sunday, March 13, 2011

Sebuah Novel

Assalamualaikum... Ada perkara yang aku nak share dengan korang semua. tetapi sebelum tu, aku nak tanya korang semua, berapa ramai yang minat baca novel angkat tangan? Novel macam mana yang menjadi pilihan anda semua? Novel cinta? fiksyen? thriller? Kalau perempuan, novel pilihan mereka mesti cinta kan? dan kalau lelaki pula mesti cinta gak kan? cerita fiksyen or thriller kan?
Apa yang aku nak share bukan novel yang macam mana lelaki minat or perempuan minat, tetapi tentang genre-genre novel di Malaysia.

Dan sudah pastinya banyak lagi... Novelis-novelis yang famous kat Malaysia macam aisya sofea dll. Tetapi apa yang mengecewakan aku, kebanyakan novel-novel di Malaysia semuanya mesti berkisarkan percintaan. Si lelaki dan perempuan(dah name pun bercinta xkan lelaki dengan lelaki kot) Apa yang aku musykil, kenapa novel yang ditulis oleh rakyat Malaysia sendiri tidak banyak yang bersifat patriot seperti novelis dulu-dulu macam Abdullah Hussain ke, Pak Sako ke dll? Di bawah ni aku tunjukkan novel yang memang best dari Abdullah Hussain

Kenapa novel-novel baru di Malaysia tidak ada yang bersifat patriot? bersifat kekitaan? Ataupun cerita tentang rakyat Malaysia? Kenapa mesti novel yang berkisar tentang percintaan? Adakah penulis-penulis novel pada masa kini sudah tidak sehebat dulu? Terus terang aku katakan, aku sangat berharap novelis-novelis di Malaysia mampu menghasilkan sesuatu yang hebat! Apa pun, novelis yang aku rasa mcam hebat dan cool gila di Malaysia ialah Faisal Tehrani... memandangkan novel beliau agak lain sikit dari novel-novel yang biasa aku baca...


Next, aku ceritakan pula novelis-novelis barat, Seperti kat atas ni, karya John Grisham... Apa yang coolnye pasal novel kat atas ni, mcam the street lawyer, unsur cinta tidak disentuh langsung, mungkin ada tapi sangat sedikit... Ceritanya lebih menekankan tentang seorang lawyer yang asalnya kaya, dan mengejar kemewahan, tetapi berubah menjadi seorang lawyer yang suka buat kerja amal... Sepatutnya, pada pandangan aku, kita memerlukan banyak cerita yang memberikan kesedaran dan keinsafan bukan sekadar cerita cinta...
Next, cerita fantasi.

Dan sudah pastinya banyak lagi la cerita fantasi dari barat mcm narnia dll. So, kenapa tidak ramai novelis-novelis di Malaysia yang mereka sebuah cerita fantasi? Takkanlah cukup sekadar cerita si tanggang, batu belah batu bertangkup, Naga tasik cini je kot? Dan aku xrasa novel-novel fantasi seperti ini hanya diminati oleh kanak-kanak shj... Sebagai contoh, korang tgk Harry Potter, kanak-kanak je ke yang minat cerita tu? xkan? Apa pun, syabas dan tahniah aku ucapkan kepada Ramlee Awang Murshid sebab dalam trilogi novel Bagaikan Puteri beliau mempunyai unsur fantasi, mistik dan beberapa lagi eleman yang menarik. Congratz aku ucapkan.
Aku ni bukannya nak mengutuk ataupun mengkritik novelis-novelis di Malaysia,(yela sapa la aku ni) cuma kadang-kadang apa yang aku rasa kurang coolnya pasal cerita cinta ni, ending die korang boleh predict. Contohnya
  1. Mereka dapat kahwin, hidup bahagia, happy ever after
  2. Mereka xdapat bersama sebab lelaki/perempuan mati(xcident etc)
  3. Mereka cerai
  4. Even mula-mula jual mahal pun, at the end of the story, diorang jadi kawin gak(even mendapat tentangan yang sengit macam Tanah Malaya lawan penjajah dulu)
Dan aku bukannya nak cakap novel-novel barat ni bagus, cuma apa yang macam bestnya ialah cerita diorang unpredictable. Betul x? Sebagai contoh, cerita Harry Potter, adakah korang rasa ceritanya akan jadi seperti sekarang? Itu xmasuk lagi cerita Lord Of The Ring. Itulah kelebihan yang dimiliki oleh novelis-novelis Barat yang aku rasa penulis-penulis di Malaysia boleh perbaikinya... Kan?

Thursday, March 10, 2011

blam! blam! blam!

Assalamualaikum. Dengan penuh rasa bongkak rendah diri, aku ingin bertanya kepada anda semua, biasakah kita mendengar atau pun menonton cerita-cerita perang ataupun yang berkaitan dengan tentera? Sudah semestinya biasa dan saya yakin, ramai yang meminati cerita-cerita aksi, ganas, dan berunsurkan perang seperti ini, kan? Dan sudah semestinya lambang ataupun gambar-gambar dibawah ini tidak asing bagi mereka yang meminati cerita-cerita perang.


Dan beberapa lagi cerita perang yang lain, macam Pearl harbour(babi cerita taun bila ni) dan bnyak la lagi(sial xingat). The point is(gedik sikit) kenapa kita biasanya mendengar cerita yang berkisar tentera-tentera Amerika Syarikat?
Kalau aku tanya korang semua hal-hal yang berkaitan tentang tentera Malaysia, mesti korang semua terpinga-pinga unless la korang bdak ramc ke atau korang mmg askar.. kan? Apa yang aku nak tanya korang semua, Hebat sangat ke tentera Amerika Syarikat ni? Aku nak tanya korang semua, sapa yang selamat kan tentera Amerika Syarikat masa Black Hawk Down tu? obiusly cerita black hawk down creepy crap! Pergi matilah apa orang nak cakap. Dan kalau korang rasa ni cerita lama, aku tunjuk kat korang kes baru.  
Siapa yang kalahkan lanun Somalia?
Amerika Syarikat ke? Bela la. Kat movie je hebat. mungkin ambik sikit cakap Ray William Johnson, internet(media massa) famous = real life loser
So aku teringin sangat nak bertanya... Bila la cerita pasal kehebatan Tentera Malaysia nak ditayangkan? ye aku tau. Memang ada cerita pasal tentera darat kita, tapi berapa lah sangat? mcm Leftenan Adnan, Sarjan Hassan dan apa lagi? tapi at the end of the story, jepun menang? Memang Terbaek la! So aku sangat berharap la, production-production yang hebat kat Malaysia ni mcm KRU STUDIOs boleh mengeluarkan cerita yang mampu mengangkat martabat tentera Malaysia suatu hari nanti... AMIN


Sunday, February 20, 2011

Motivasi

Salam. Hello, Apa khabar semua? Anda sihat? Tidak mampu fokus semasa kelas? Perlu kan sesuatu untuk meyakinkan anda? Ingin tahu rahsia untuk belajar?(ape da aku mengarut) Sudah semestinya korang semua pernah dengar soalan-soalan ini dari mana-mana pakar motivasi atau pun mana-mana buku motivasi kan ?


But, does ur creepy old granny, er, I mean an really,really old granny(pehal tetiba speaking ni ?)senang cerita orang dulu-dulu la. Korang pernah terpikir x mcm mana Isaac Newton, Elbert Einstein berjaya ? Do they need any motivation? I bet not. Zaman tu pakar motivasi pun xde lagi. So, kenapa orang zaman sekarang nak?+ FYI(gedik skit) those motivator hanya bercakap kerana duit. Sebagai contoh, saranan mereka tentang saranan masa belajar,hrm ada beberapa yang aku kurang bersetuju. Pada pendapat aku, masa belajar itu terpulang pada diri seseorang. Hal ini kerana, setiap orang mempunyai biologycal clock mereka sendiri. So, masih lagikah kita bergantung pada motivasi? 

Bagaimana pula horoskop? tilikan nasib  dll? yang mengatakan anda seorang yang baik dan blabla. Erm, dekat sini aku nak bagi tau, TUhan itu maha adil. Setiap manusia dijadikan sama-rata. Tiada bezanya antara satu sama lain. Sebagai seorang manusia, kita akan mempunyai semua sifat yang menyempurnakan diri kita sebagai seorang manusia. Sebagai contoh, sifat tabah, sabar, penyayang dan banyak lagi. Anda pastinya bukan manusia jika anda tidak mempunyai salah satu daripadanya. Jadi mengapa lagi kita mesti percaya dengan perkara seperti horoskop yang mengatakan anda merupakan seorang yang tabah dan blabla... Tidakkah anda rasa anda mempunyai semua sifat sebagai manusia?

So, kesimpulannya, motivasi ni hanyalah sekadar money talking, yang bercakap tentang keupayaan yang sememangnya sudah kita miliki. Oleh yang demekian, mengapa kita masih memerlukannya? So, babai motivation...its bullshit!!!

TEKO BERASAP DAN BAU WANGI~



Salam... Anda pernah melihat gambar-gambar di atas ? Adakah anda pernah mencubanya?.Bagaimana pula dengan gambar di bawah ?

Saya yakin anda pernah merasanya kan ? hrm... baru-baru ini, media massa banyak menceritakan dan menggembar-gemburkan keburukan syisya.. Katanya, syisya ini, lebih teruk dari merokok, seolah-olah menghisap 80 batang rokok  hrm..(rokok hidup cmne plak ?) Untuk pengetahuan kepada mereka yang tidak pernah tau, syisya ni merupaka sebuah medium yang lebih kurang sama mcm korang merokok gak cuma ianya berperisa seperti wayermelon, strawberi dll. Ianya sangat terkenal di asia barat  dan di bawa masuk oleh salah seorang maulana yang aku sendiri pun x tau(betul ke ni ?) Masalahnya sekarang, gejala-gejala bersyisya ni dah jadi mcm aktiviti sosial, senang citer, asal kali lepak je mesti g syisya jap..antara lokasi yang mcm menarik yang selalu remaja-remaja masa kini(ceh aku mcm bukan je) pergi untuk bersyisya ialah di bukit bintang..Betul x ?
Yamg menjadi masalah sekarang, setelah mendengar keburukan syisya ni, adela pula yang terpikir, daripada aku g syisya, baik aku g isap rokok sebab rokok x seteruk syisya..pergh..baik punya statement kan? So, summerise aku,

  • Sekali isap syisya = 80 batang rokok
  • Hisap syisya (standard) 1 kali sebulan
  • Hisap rokok sehari (standard, pagi petang malam) 3 batang, sebulan, 90 batang kan?
  • 1 bulan = sekali syisya = 90++ batang rokok
  • so, syisya = rokok
So sekarang mcm mana ? Apa pandangan korang ? mana satu lagi teruk ? jangan lah sesekali anda menjadikan rokok dan syisya itu sebagai satu medium untuk bersosial.. Aku menulis pasal syisya dan rokok ni bukan untuk menggalakkakan anda semua untuk merasa  benda-benda mcm ni tapi sebaliknya, untuk menegah anda daripada merokok dan syisya.. Ketahuilah, dalam rokok anda(rokok hidup aku xtau la) mengandungi sejenis dadah yang diberi nama nikotin. FYI, nikotin punya pengaruh addicted ladi dahsyat dari heroin.... so, segeralh menjauhi diri anda dari benda-benda seperti ini. Percayalah, mencegah lebih baik dari dari mengubati (tetiba plak gedik nak letak peribahasa)

Thursday, February 17, 2011

Garena

Salam...hrm Aku nak cerita kan korang pasal garena nie yang mana aku yakin gamer kat luar sana tentu tau logo yang aku letak kat atas ni..Apa yang aku nak tulis kat sini bukan nak memperkenalkan garena ni pada korang ataupun menceritkan sejarah garena ni(sebab aku sendiri pun xtau)..Tapi biarlah aku bagi sikit intro bt mereka yang terpinga-pinga. Untuk perngetahuan korang, Garena ni merupakan tempat dimana Gamer-gamer dari merata tempat berkumpul dan main game.Contoh game yang diorang main cm cs dan dota.Apa yang aku nak cerita ialah masalah RACIST  yang berlaku di Garena.Mungkin ramai yang dah sedia maklum akan isu ni. Yang Cina mengutuk bangsa Melayu, dan Melayu mengutuk bangsa Cina. Persoalannya;
  1. Sampai bila ?
  2. Mengapa ?(aku xrasa sebb pro or noob,reason yang mudah Melayu ada yang noob, Cina pun Ada yang noob)
  3. Nak main game ke nak bergaduh ?
  4. Ini tempat Politik ke?
Kesemua persoalan tersebut masih bermain-main dibenak fikiranku.. Mungkin ada yang mengatakan aku kolot atau bangang kerana menulis artikel berkenaan dengan garena, tapi, fikir-fikirkanlah, adakah kita mahu peristiwa hitam 13MEI  berulang kembali hanya semata-mata kerana Garena(ceh, ye ke?)? Mahukah kita hidup dalam keadaan yang tidak tenteram ? Sedarlah wahai rakyat MALAYSIA  (eh apsal biru?) mengapa perlu sering bertengkar ? Bersama-samalah kita berganding bahu dalam game ini(tetibe je bersemangat) Hentikanlah RACIST yang berlaku di Garena. Bersama-samalah kita menyahut seruan 1 MALAYSIA.

amina

Salam.ok.. Aku ada bende best yang nak share dengan korang semua.. Ada dua buah buku yang menarik. (sekurang-kurangnya tidak sebosan buku bio korang).
dua buah buku seperti yang tertera kat bawah ni..


Biar aku cerita kat korang satu-satu dulu.. Bermula dengan Panglima Awang.. Buku ini mengisahkan tentang seorang pahlawan Melaka yang bernama Panglima Awang(mmg la dah tajuk buku die pun Panglima Awang). Menurut buku ni, yang ditulis oleh Harun Aminurashid, Panglima Awang merupakan orang pertama yang mengelilingi dunia..tapi sayang seribu kali sayang, tiada mana-mana catatan sejarah yang mencatatkannya kan? Begitulah sedihnya cerita ini, malah, Panglima Awang turut dihantar oleh portugis yang menawan melaka untuk dijual..so, untuk mengetahui kisah penuh Panglima Awang, korang cari lah kat kedai buku.
Hrm, next book pasal Amina...Amina ni merupakan seorang perempuan(xkan lelaki kot)dan aku xrasa die melakukan pembedahan untuk tukar jantina..buku Amina ni mengisah kan tentang seorang Wanita Nigeria(kot) yang memperjuangkan hak asasi dan hak-hak wanita di negaranya. Kesian negaranya teruk ditindas oleh rakyatnya sendiri. Konsep negaranya senang shj, Yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin.. So, atas dasar kesedaran, Amina mula la membela nasib mereka.. Kisah selanjutnya, korang baca lah sendiri..

Wednesday, February 9, 2011

Kajian Sarason

salam

tiba-tiba tersemangat plak.. Sebenarnya ada benda yang aku nak cerita. Pasal pendidikan... Sebab kadang-kadang aku sendiri rasa apa yang aku belajar, banyak yang mengarut(ceh..suke-suke je bt penilaian sendiri).. Sebenarnya aku ada benda yang nak share dalam buku yang aku baca kat atas(ye ke aku baca?)..

Sarason 1982.
In Sarason's words,"The results were quite clear." The rules invariably were determined by the teacher, and teachers never solicited the opinions and feelings of students in developing rules. Sarason suggest several assumptions underlying the observed behavior
  1. Teacher knows the best
  2. Children are not interested in such a discussion
  3. Rules are for children and not for the teacher(rules state what children can and cannot do, but not what a teacher could or could not do) and so on..(p175-176)
Aku sebenarnya bukan nak sokong sangat statement ni, tapi pada pandangan aku sendiri(suke-suke je bagi pandangan), memang ada betul juga kajian ini. Sebagai contoh, kat sekolah lama aku sendiri, memang byk peralatan yang canggih macam wifi, komputer(touchskrin tu beb) tapi tu semua untuk CIKGU SAHAJA! Wifi ada password(nasib baik kitorang pandai hack). Itu belum lagi televisyen kat sekolah aku. Yang aku ingat katanya, tv nie semua(ada estro) untuk pelajar tapi, cube korang pikir, untuk pelajar apenye kalau dah remote kat warden. So korang rasa, tv tu, untuk pelajar ke warden? Aku bukan la nak kutuk warden sekolah aku tu walaupun sebenarnya memang aku xpuas hati, tapi aku cuba untuk membandingkan frasarana sek membe aku dgn sek aku sendiri. Nasib membe aku lebih baik sebab tv drg, drg yang pegang remote tu, so, xla mengalami masalah yang sama seperti aku..

I DONT KNOW...

There is something I don't know,
That I am supposed to know,
I don't know what it is I don't know,
Then I feel I look stupid,
If I seem both not to know it,
And not know what it is I don't know.
Therefore, I pretend I know it,
This is nerve wracking since I don't know what I must pretend to know,
Therefore, I pretend to know everything...

Tuesday, February 8, 2011

Sebuah Hasil Seni

Aku cemburu bila melihat seseorang yang mampu melukis sebuah potret... Bakat yang ada pada seseorang pemotret(betul ke ayat ni) bukan senang untuk dimiliki... Sebagai contoh, AKU sendiri. Meskipun telah mendapat tunjuk ajar dari mak aku sendiri, namun masih gagal untuk melakarkan sebuah potret yang cukup sempurna. Tapi xmengapa... Kerana cakap cikgu aku, Cikgu R(bukan nama sebenar), practice makes perfect..   Apa yang aku nak bagi tau korang semua ialah, bagiku, IBUKU merupakan seorang pelukis yang sangat berbakat(meskipun kerjayanya bukan sebagai seorang pelukis) dan sangat aku kagumi. Antara karya-karya yang dihasilkan oleh ibuku dalam masa yang singkat ialah:

Agak-agak korang kenal x gambar-gambar kat atas ni ?

Gambar kat bawah ni lak, juga dilukis oleh ibuku tapi mendapat sikit sentuhan dari aku(nasib baik gambar tu xrosak dek kerana tangan aku ni gatal-gatal nak bagi sentuhan kat gambar tu)

ni lah gambar sebenar die...saje letak cmni bagi senget kepala korang..
hrm.. Apa pandangan korang? Agak-agak mak aku ni sehebat Leonardo da Vinci tak? Aku juga turut menghasilkan karya(yang sememangnya tak seberapa)

ni gambar bangunan kat sekolah aku
xla hebat sangat. Tapi aku harap satu hari nanti aku akan mampu melukis sehebat ibuku dan juga orang yang sangat aku kagumi dalam bidang seni, DATUK LAT

Monday, February 7, 2011

Zaman Muda-Muda KU


Ini lah rupe die kelas aku, 5Bestari 2010..tapi korang rasa ada rupe kelas ke? xde kan? Kelas ni mempunyai seribu satu kisah yang kini tinggal kenangan dalam diriku. Ahli-ahli kelas ni terdiri daripada golongan yang hipokrit, capap, kepam song-song(mesti korang x tau kan?), bajet bagus(aku tau la die tu hebat), dan segala macam lagi perangai yang aku sendiri pun xtau nak cakap. Yela, aku ni pun bkannya perfect sgt pun kan? Kelas aku ni terdiri daripada pelajar-pelajar yang hebat so, no wonder la mereka mempunyai perangai seperti yang aku sebutkan tadi kan? tp disebalik kecerdikan mereka, entah macam mana terselit 2 makhluk tuhan ni yang lain sikit dari pelajar 5 Bestari ni. Mereka ialah:
~HARIZ DA GREAT~
~dan AKU sendiri~
Untuk pengetahuan anda aku dgn Hariz(dan beberapa pelajar lagi dari kelas lain) ni antara yang agak nakal di sekolah tu. Macam-macam kes kitorang bt kat sekolh tu..kalau setakat ponteng kelas, fly, overnight kt starhill, buli jr tu dah jadi kebiasaan bagi kitorang..(lps tu, SPM nak 10A+.hrm..) Tapi yang dahsyatnye, setakat ni aku rasa kitorang xpernah ada kes apa-apa lagi baik dengan warden mahupun guru disiplin..ALHAMDULILLAH (hebat x kitorang ?)
Untuk pengetahuan korang, guru-guru yang mengajar di kelas aku semua hebat-hebat. Tapi aku rasa aku xboleh la letak nama diorang kat sini untuk mengelakkan aku dari kena sebarang tindakan yang tidak diingini. Tapi antara ciri-ciri guru di kelas aku ialah guru cemerlang dan juga jusa(gempak x?) Tapi aku?.........

ni merupakan salah seorang pelajar dikelas aku.nama dia P(bukan nama sebenar). Aku pun xtau la apa masalah die dok posing MAUT mcm ni..haish...

DEFENSE OF THE ANCIENTS

Game ni giler..aku xtau nak describe mcm mana..tapi yang pasti..BEST GILA!! kegilaan terserlah apabila ada yang sanggup ponteng sekolah dan bermalam di cc semata-mata untuk maen game ni.(tidak termasuk yang terpaksa pecah tabung, toreh getah, jadi tokan, dan juga yang sanggup melacur walaupun lelaki)antara player-player hebat disekolah aku dulu...
LEMAN~si gila
HARIZ~da great
AZRAI~si sengau
ABON~onyeh-onyeh
AUS~cik yam
KITOL~babi tonyok
NAJIB~koala
(dan banyak lagi..tp malas nak letak..hehe)
~xlupa juga aku yang noob~

Game ni gak turut tidak ketinggalan. Tapi xramai yang maen sebab senang katanya(kalau takat pakai cheat boleh la kan ?) ada satu group yang minat game ni. group ni menggelarkan diri mereka G. tidak ketinggalan, aku juga salah seorang daripada mereka. antara mereka yang maen game ni ialah:
Nabil Muzhaffar~kecik
Sayed~er..(aku xbrani nak cakap pape XD)
Waqi~si kasa
~dan juga aku sendiri(tp yang ni xnoob la..hehe)
dan game terakhir yang aku nak citer,ialah game COUNTER STRIKE,dari 1.6 sehinggalah ke SOURCE. Aku rasa game ni xyah la aku nak introduce sgt sebab memang dah dikenali ramai kan ?

Tapi sebelum tu, tidak dilupai 2 game yang boleh tahan gak best die
(kepada peminat-peminat game ni, sila habiskan challenge series untuk merasai 'kepuasan game ni')

Sunday, February 6, 2011

Cerita Kita

Cita-cita dan impian..
besar maknanya dalam hidup kita kan? tapi, bolehkah kita mengabaikan tanggungjawab demi cita-cita? penting sangatkah cita-cita itu sehingga kita perlu abaikan tanggungjawab kita? benarkah kata-kata orang, adakalanya kita perlu mengorbankan atau melupakan cita-cita demi tanggungjawab? apakah yang menjadi prioriti hidup kita ? tanggungjawab ataupun cita-cita? 

Bercerita tentang cita-cita,...apakah yang sebenarnya yang menjadi cita-cita? kekayaan ataupun sesuatu profesion? pernahkah kita memikirkan mengenai kekayaan ataupun bayaran yang akan diterima ketika kita mula-mula faham apa itu cita-cita? jika tidak,mengapa sekarang kita lebih kepada mengejar kekayaan dan bukan cita-cita kita? apabila mengimpikan sesuatu, perlukah ianya sesuatu yang glamor, membawa kekayaan atau yang pertama sekali melakukannya? tidakkah anda rasa..glamor,kekayaan dan juga yang pertama sekali melakukannya hanya bersifat sementara..populariti seseorang misalnya akan mula menurun apabila wujudnya sesuatu yang lebih hebat..memang kita perlu akui..menjadi yang pertama memang hebat,tetapi apa masalahnya dengan menjadi yang kedua? 

Belajar di luar negara menjadi idaman kebanyakan pelajar-pelajar di Malaysia. Hal ini kerana pelajar akan merasai suatu kelainan dengan belajar di luar negara. Tapi benarkah kita perlu menggalakkan pelajar-pelajar di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara hingga mencetuskan ideologi seperti belajar didalam negara ni low class, pelajar di dalam negara ni tidak reti berdikari dan banyak lagi. Sepatutnya kita perlu lebih berfikiran terbuka. Tidak sama sekali menanam ideologi-ideologi seperti ini..

test

test 1
test 2
test 3