Tuesday, June 7, 2011

Bahasa Melayu vs English

Assalamualaikum, peace yo... Hrm, aku datang lagi dengan topik baru aku terpikir. Bahasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua tahu bahawa bahasa kebangsaan kita merupakan Bahasa Malaysia. Namun malangnya, sebagai rakyat Malaysia sendiri, aku masih tertanya-tanya, benarkah Bahasa Malaysia itu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia?
Seperti mana yang kita tahu, beberapa subjek teras (maths, science, dll) di sekolah diajar kepada pelajar dalam bahasa inggeris or in other word atau dalam erti kata lain, bahasa yang digunakan oleh penjajah yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu. Persoalannya, perlu sangat ke pembelajaran dan pengajaran ini diadakan dalam bahasa inggeris?
Sekadar nak berkongsi, menurut kajian yang dibuat, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari jika mereka diajar dalam bahasa ibunda mereka. Dan menurut Datuk Dr. Wazir pula, ianya hanya sekadar bahasa. Yang penting ialah ilmu.
Ramai yang berkata pada hari ini, buku-buku ilmaiah semuanya terdapat dalam bahasa inggeris. Persoalannya, adakah ini menjadi suatu masalah? Kita mempunyai badan yang bertanggungjawab dalam menterjemah pelbagai buku-buku ilmaiah, iaitu Institut Terjemahan Negara Malaysia. Oleh itu, pada pandangan saya, masalah-masalah buku ilmaiah yang terdapat dalam bahasa inggeris pasti dapat diselesaikan suatu hari nanti. Dan sudah pasti, jikalau masalah ini selesai, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Hendak seribu daya kan?
Seterusnya, memandangkan saya lebih suka memandang ke timur, maka saya tunjukkan contoh negara Jepun. Bukan ingin menghina mereka tapi ingin memberi tahu anda perkara realiti. Untuk pengetahuan anda semua, penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan rakyat jepun sangat lemah. Namun adakah masalah ini menidakkan untuk mereka menjadi sebuah negara yang maju?
Saya yakin, kita semua sedar akan kepentingan bahasa inggeris. Namun, adakah perlu kita angkat martabat sesebuah bahasa itu lebih tinggi dari ilmu? Adakah kita ingin lihat suatu hari nanti, rakyat Malaysia sendiri berasa aneh dan janggal untuk bercakap dalam bahasa Malaysia sesama sendiri? Sekali lagi saya tekankan, ianya sekadar bahasa, ilmu itu lebih penting.