Thursday, September 22, 2011

Si A

Tidak mudah untuk melupakanmu
Disaat ini, di waktu ini
Tapi, ini lah hakikat
Yang telah pun menjadi pengikat

Duka itu bertambah pedih
Disaat aku mula bersedih
Mungkin ini lah takdir
Tidak sesekali aku salahkan
Walaupun kau tidak pernah hadir
Untuk ku walau sekali

Aku sedar aku insan biasa
Yang tak punyai kuasa
Tapi aku masih punyai masa
UNTUK STUDY SUPAYA DAPAT A :)
KAH KAH KAH

Wednesday, September 21, 2011

Kau pergi

Kau pergi
Tidak berjejak
Tidak jua berpesan
Meninggalkan ku kekeliruan

Tidak beralasan
Ku cuba mencarimu
Mungkinkah ini balasan
Buatku yang sentiasa merinduimu

Mengapa perlu ku mencari
Dikala kau telah pun hilang
Kemana harus ku berlari
Terkapai kapai didalam bayang.

Friday, September 9, 2011

Tak Siapa Tahu

Hari ini aku cuba mencari kebenaran
Yang kusangka wujud di bawah sinaran
Apakah wujud sebuah jalan?
Untuk diguna menjadi panduan
Hingga kini,
Aku masih keliru
Aku masih tertanya
Jalan mana yang harus ku pilih

Tatkala mereka sudah keluar dari kegelapan
Aku masih terkial
Mencari sinar kebenaran

Namun, aku masih tak pasti
Kerana,
Andai ianya jalan yang salah
tak siapa yang akan tahu kan?

Tuesday, June 7, 2011

Bahasa Melayu vs English

Assalamualaikum, peace yo... Hrm, aku datang lagi dengan topik baru aku terpikir. Bahasa. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua tahu bahawa bahasa kebangsaan kita merupakan Bahasa Malaysia. Namun malangnya, sebagai rakyat Malaysia sendiri, aku masih tertanya-tanya, benarkah Bahasa Malaysia itu merupakan bahasa rasmi negara Malaysia?
Seperti mana yang kita tahu, beberapa subjek teras (maths, science, dll) di sekolah diajar kepada pelajar dalam bahasa inggeris or in other word atau dalam erti kata lain, bahasa yang digunakan oleh penjajah yang pernah menjajah kita suatu masa dahulu. Persoalannya, perlu sangat ke pembelajaran dan pengajaran ini diadakan dalam bahasa inggeris?
Sekadar nak berkongsi, menurut kajian yang dibuat, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari jika mereka diajar dalam bahasa ibunda mereka. Dan menurut Datuk Dr. Wazir pula, ianya hanya sekadar bahasa. Yang penting ialah ilmu.
Ramai yang berkata pada hari ini, buku-buku ilmaiah semuanya terdapat dalam bahasa inggeris. Persoalannya, adakah ini menjadi suatu masalah? Kita mempunyai badan yang bertanggungjawab dalam menterjemah pelbagai buku-buku ilmaiah, iaitu Institut Terjemahan Negara Malaysia. Oleh itu, pada pandangan saya, masalah-masalah buku ilmaiah yang terdapat dalam bahasa inggeris pasti dapat diselesaikan suatu hari nanti. Dan sudah pasti, jikalau masalah ini selesai, proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Hendak seribu daya kan?
Seterusnya, memandangkan saya lebih suka memandang ke timur, maka saya tunjukkan contoh negara Jepun. Bukan ingin menghina mereka tapi ingin memberi tahu anda perkara realiti. Untuk pengetahuan anda semua, penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan rakyat jepun sangat lemah. Namun adakah masalah ini menidakkan untuk mereka menjadi sebuah negara yang maju?
Saya yakin, kita semua sedar akan kepentingan bahasa inggeris. Namun, adakah perlu kita angkat martabat sesebuah bahasa itu lebih tinggi dari ilmu? Adakah kita ingin lihat suatu hari nanti, rakyat Malaysia sendiri berasa aneh dan janggal untuk bercakap dalam bahasa Malaysia sesama sendiri? Sekali lagi saya tekankan, ianya sekadar bahasa, ilmu itu lebih penting.

Tuesday, May 17, 2011

Dunia

Dunia ini penuh muslihat
Penuh cabaran yang tidak dapat dilihat
Dengan pemainya yang sentiasa akan tersekat
Tiada siapa tahu apa yang tersirat.

Tapi, mampukah kau menempuhinya
Tanpa sebarang panduan
Tanpa sebarang bantuan
Akibatnya hati kau tidak keruan.

Assalamualaikum semua. Haha. Saje nak tunjuk kat korang semua puisi yang aku ambik dari majalah kat rumah aku. Topik yang aku nak karangkan kali ni bertajuk Dunia.(dah rasa macam ahli politik plak) Tapi aku bukan nak bincangkan perkara-perkara yang berbaur politik kali ni. Cuma sekadar nak mengarang mengenai dunia.
Marcapada,(pinjam ayat skema spm) isu-isu hangat sering dimainkan oleh ahli politik dan kemudian dihebahkan oleh media massa, dari surat khabar hinggalah ke internet. Sesudah itu, datangnya kumpulan ketiga yang cepat melatah. Daripada sinilah bermulanya perbalahan hangat baik di parlimen hingga ke kedai kopi. Pada masa ini juga, pelbagai propaganda akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak. Kemudian, timbul rasa tidak puas hati pada sebelah pihak.(mungkin sebab kalah/xcukup sapot dll) Setelah timbulnya rasa tidak puas hati ini, perbalahan secara radikal mula berlaku. Si A buat X kat si B, Si B buat Y kat si A. Dan akhirnya sekali, sudah pasti hanya satu sahaja yang akan menjadi pemenang.(fyi, kronologi ini berlaku di seluruh dunia, kes osama, gadafi, semua boleh korang samakan)
Dalam dunia ni, setiap orang mementingkan diri, even ada juga yang cuba kata dia x penting diri. Hanya manis di mulut. Semua orang menjaga kepentingan diri mereka. Jangan sekali kau cuba kacau, ala macam orang dok cakap, sarang tebuan jangan dijolok. Sebagai contoh, tiada siapa yang akan buat sesuatu yang merugikan diri sendiri kerana itu merupakan perbuatan yang bodoh tapi bab bab rokok, dadah, dll tu aku malas nak komen. Contoh paling senang, masa naik lrt. Acapkali ramai pengguna LRT yang buat xtahu akan kehadiran golongan-golongan yang lebih memerlukan tempat duduk seperti kanak-kanak, ibu mengandung dll. Pelbagai alasan diberi macam, ala kejap je/eh ade mak cik tu nak duduk ke? dll. Jadi, kemana pergi perangai yang konon-konon xpentingkan diri tu?
Kadang-kadang aku sebenarnya tertanya, kemana perginya nilai-nilai yang cuba diterapkan kedalam diri kita sewaktu kita kecil dulu? Adakah ianya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri? Kenapa sesetengah perkara walaupun kita tahu tapi kita cuba abaikan? Kalau kita tak tahu sesuatu, maka ianya boleh dimaafkan kerana apa yang tidak diketahui, boleh dipelajari. Namun yang menjadi masalahnya kini, sesuatu benda yang telah diketahui.








 


Thursday, May 5, 2011

The White Man's Burden

Assalamualaikum. Lama dah aku xmerepek dan mengarut disini. Setelah sekian lama aku menyepi, aku terjumpa satu topik yang macam best untuk dikongsi di sini. Topik ni aku bagi nama The White Man's Burden. Mula-mula, biar aku jelaskan apakah ertinya maksud beban orang putih ini mengikut sesuka hati aku pengetahuan aku. Beban orang putih ni digunakan lama dahulu ketika diorang nak meluaskan jajahan takluk mereka. Mereka menganggap mereka merupakan manusia yang bertamadun dan maju dan perlu meluaskan pengetahuan mereka di seluruh dunia. ok, ini sekadar nak bagi tau korang sikit je pasal beban orang putih ni. Aku pun kurang expertbenda ni. Tapi apa yang aku nak share kat korang ialah beban orang putih pada masa kini.
Korang semua mesti pernah tgk cerita rambo kan? Seorang lelaki yang mampu melawan berpuluh-puluh askar lawan biarpun die seorang je. PEH! Gila kentang! Bagi lelaki karakter Rambo ni tidak asing lagi, tetapi bagi perempuan mungkin ada yang tidak tahu. Rambo merupaka veteran perang vietnam kalau xsilap aku. Ditangkap dek sherif kerana ada pisau perang. Dari sini la setatnye cerita rambo ni. Aku pun xingat sangat sebenarnya. Tapi apa yang aku nak tekankan, didalam cerita ini, ideologi The White Man's Burden turut ditekankan. Rambo(mewakili omputeh) dah serang pelbagai kem2 untuk selamatkan seorang gadis. Aku xigt ni cerita rambo berapa tapi kebanyakan watak penjahat semua bukan orang putih. Dan mereka menggambarkan seolah-olah bangsa lain sangat teruk dan kejam. Benarkah perkara ini dengan dunia realiti?
Setelah bidang perfileman, aku tunjukkan pula perkara realiti. Realiti dunia masa kini. Amerika Syarikat. Lihatlah, betapa kononnya usaha mereka untuk menghapuskan pengganas. Telah mereka serang afganistan. telah mereka serang iraq. Dan banyak lagi negara telah mereka perangi. Katanya demi keamanan sedunia, demi hak asasi manusia. Tetapi, siapa sebenarnya pengganas? Siapa yang dengan rakusnya membunuh ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa? AS atau pengganas? AS kini kelihatan gah seperti Polis Dunia. Sesiapa sahaja yang berani mencabar AS akan mereka serang. Menunjukkan betapa jelasnya ideologi beban orang putih masih digunakan sehingga ke hari ini. Baru-baru ini, AS telah berjaya membunuh Osama bin Laden. Dan dengan bangganya mereka memberitahu seluruh dunia tentang peristiwa ini. Secara tidak langsung, kekejaman AS sekali lagi terbongkar. Untuk pengetahuan semua, Osama dibunuh oleh komando AS ketika dia tidak bersenjata. Siapakah pengganas sebenarnya? Kenapa osama tidak hanya ditangkap? Kenapa perlu dibunuh? Contoh terbaik yang boleh saya tunjuk, Ialah ketika tentera Malaysia menangkap lanun Somalia. Hanya mereka yang menentang sahaja yang dibunuh, kan? Jadi, anda sendiri fikirkan, siapa sebenarnya pengganas dunia. 

Wednesday, March 16, 2011

Aku Berdiam

Aku berdiam
Menyepi seribu bahasa
Tidak mahu berkata apa
Ku pekakkan telinga
Kerana kusangka tidak apa

Aku masih diam membisu
Kerana kusangka semuanya dosa
Melihat kemajuan di kota yang sentosa
Melihat kemewahan yang sungguh selesa
Menyebabkan mereka diperkosa

Kini,
Aku menangis,
Melihat bangsaku ditindas,
Bangsaku dijajah,
Bangsaku mundur tidak mengenal apa

Mungkin kerana sifat diamku
Mungkin kerana sifat tidak peduli ku
Kini mereka hidup merempat
Tidak bertempat

Sedarlah wahai bangsaku
Tiada gunanya berdiam diri
Membunuh diri dengan duri
Yang punya racun tersendiri